Thursday, March 25, 2010

Kredit Kad 2

Entri ini untuk menjawab persoalan Angah Izza dalam entri kredit kad lepas.

Ramai golongan muda muflis disebabkan kredit kad.

Muflis. Di Malaysia kalau ada pinjaman lebih RM30k tak berbayar boleh dikenakan tindakan mahkamah. Muflis sama maksudnya dengan bankrap. Dan memulakan satu lagi episod mimpi ngeri dalam hidup anda.

Senaraihitam. Kalo pinjam liat nak bayar, lepas 3 bulan pun nama boleh blacklist. Kesan dia susah untuk mohon pinjaman lain.

Yang dalam akhbar semua tentang muflis. Bukan senaraihitam. Kalau dia cerita pasal berapa ramai golongan muda yang blacklist memang angka itu lebih dahsyat.

Betul, kos sara hidup semakin meningkat. Dulu tahun 2002 nasi ayam 2.50. Sekarang harapan la nak jumpa nasi ayam harga macam tu. Sekarang 4.00. Dengan inflasi lagi yang membuatkan nilai mata wang semakin susut.

Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Kalau gaji kita RM sekian-sekian, cukuplah dengan memandu kereta sekian-sekian, beli rumah harga sekian-sekian, berbelanja sekian-sekian setiap bulan. Tapi besar periuk, makin besar keraknya. Spending pattern kita akan bertambah dengan bertambahnya nilai gaji.

Case study 1

Seorang lelaki merayu menaikkan kredit limit selama sebulan, untuk membayar deposit majlis perkahwinan di JW M*****. Berjanji akan membayar balik semua dalam masa seminggu.
Dia nak pakai 30k sekali swipe. Dan lepas itu tiap bulan bayar minimum je, bukan bayar full pun.

Ini namanya orang tak sedar diri. Kalau rasa-rasa budget kurang tu tak perlu kot nak buat wedding gah gila macam Mawi. Sakit dol bulan-bulan nak bayar interest 2-3 ratus tiap-tiap bulan.


Case study 2

Seorang ibu berulang-ulang kali telefon, minta menaikkan credit limit sementara. Tujuan nak bayar anak punya birthday party. Dia dah ada di P**** H**, makanan semua dah siap, kawan-kawan anak dia semua dah datang. Tinggal nak bayar je ni. Sat lagi baru perasan limit tak cukup.

Rm1200 beb. Buat birthday party anak. Tapi hutang.

Merayu-rayu suara nak nangis. Too bad management tak approve request dia. Ye la, pakai kemain, bayar sangkut²...


Case study 3

"Young man, what's your name?"

"My name is M"

"Please open the line for me. I want to buy a watch for 120k.

"Sure sir. Before I proceed I need to verify you first. Can I get your mother's name please?"

Dan selepas dua hari dia issue cek dan bayar balik semua.
Ini namanya orang ada duit dan menggunakan kredit kad itu untuk kemudahan.

Kredit kad adalah future money. Syok memang syok boleh swipe. In one way or another it can be very dangerous. Some people said credit card is evil. But whether it is evil or not, it was determined by card holder themselves.

Disiplin beb. Tau duit dah takde dalam bank takyah la galak nak swipe lagi. This is not a rocket science mate...

4 comments:

Hannah said...

bagus la artikel ko ashkam. hopefully ko leh tulis2 lagi artikel2 camnih. bleh aku jadikkan panduan skit huhu

ariff ezwan said...

ade tak credit card yg tayah bayar pape kalu tak pakai...saja nak wat spare dlm wallet..la ni pon dok pakai debit card je..

Ashraf.K said...

Haz: thanks bebeh

Ariff: Takde. Skang sebab ada GST sume kedit kad new application kene bayar rm 50 on the first statement.

ariff ezwan said...

GST tu apa? Government Surcharge Tax ka?bayaq rm50 skali ja kan?ka every year?kena bayar kalu,malas la nak pakai..pakai debit ja la sonang..