Saturday, October 10, 2009

Rabun

Saya pakai cermin mata sejak darjah 2. Umur 8 tahun.

Semasa mula-mula jadi rabun, saya tak tahu pun kabur-kabur tu nama adalah satu defect. Guru kelas saya masa tu perasan saya asyik pergi ke depan share kerusi dengan kawan lain masa nak salin latihan kat papan hitam. Dia yang suruh saya pergi check mata.

Bila check rupa-rupanya pwer dah 300.

And after that the rest is history. Saya dan cermin mata tak boleh dipisahkan. Power setiap tahun naik 100. Sampai satu tahap power berhenti, 1100.

Dan bila power tinggi sangat ni, semua benda kena custom. Takde kedai yang ada ready stock 1100, either glasses or contact lens. Saya pernah cuba pakai contact lens dahulu, tapi sebab power tinggi sangat, dia tebal sket compared to lens biasa. Dan lepas kejadian lens ternaik sampai atas kening, memang tobat tak pakai contact lens dah.

Dan bila semua kena custom, dah tentulah mahal. Untuk lens sahaja kalau kat kedai-kedai biasa rm1k++. Satu kedai sahaja yang saya jumpa bawah 1k. Tak tau la dia bagi murah sebab saya memang beli spek dari kedai dia dari zaman sekolah menengah lagi atau sebab kedai dia bukan kat area bandar.

Bulan puasa yang lepas saya buat medical check up. Dan doktor memang suruh buat spek spare. Sebab kalau apa-apa jadi saya dah jadi macam orang buta. Dan saya pun pernah jadi orang buta selama seminggu. Spek jatuh dalam laut masa naik banana boat.


Gambar ini paling sesuai la nak describe camne kalo saya buka spek. Everything blur.

Kawan-kawan semua, sila jaga mata anda.

Ok. Nak sambung joget. Later.

Saturday, October 3, 2009

Mentaliti Jiran Yang Mental

Ini berita bikin aku panas.

JAKARTA – Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbanganmengalami delay. Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udaraPadang selama beberapa jam.


Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.
“Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak jugabantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak” ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.


Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di AsiaTenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama GentingHighland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut. Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalu-lintas bantuan korban gempa.


“Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil,Jerman, Filipina, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulaihari ini, kami berusaha berkoordinasi dengan Barkorlak dan Palang MerahInternasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya” ujar Budi S Ervan.


Harian Kota, Jumat (2/10/2009).

Aku kasihan.
Bila melihat nasib saudara serumpun di seberang.

Tapi aku lebih kasihan.
Disebabkan mentaliti kelas ketujuh belas, nasib orang-orang di Padang sedikit terjejas. Dana yang sedia ada tidak disalurkan. Dengan alasan Genting Highland menjadi sumber pendapatan negara.

Apakah Jepun tidak ada Pachinko? Tidak ada pusat judi yang sudah berdiri teguh seperti empayar mendiang Lim Goh Tong?

Atau sebab mereka malu nak menerima bantuan dari Malaysia yang beberapa bulan lepas mereka sibuk nak ganyang?

Haih....

Sunday, September 27, 2009

Blueberry Tart

Raya sudah habis. Secara tidak langsung.

Warga kota sudah mula pulang. 3 hari saya menikmati Shah Alam yang tidak ramai orang.

Jalan tidak jam, lorong motor yang lengang.
Stesen minyak tak perlu nak beratur.
Shopping complex kembali lengang. Memang best nak berbelanja lagi-lagi Jusco ada buat 15% off utk Jcard members.
Boleh main Farmville secara aman, tanpa ada gangguan internet.

Tapi yang tak bestnye kene makan masakan mamak sepanjang minggu ini. Kedai melayu yang area2 dekat umah semua tutup.

Raya kali ini disambut ala kadar. Cuma bezanya ada baju raya, dan semua ahli keluarga saya ada. Dan kali ini juga kene hulur duit raya.

Check budget

6/6

Nenek pun terpaksa ikut purple



Saya baru menonton Jin Notti. Semangat nak support filem Malaysia. Overall ok, tapi sebab cerita ini cerita family, ramai la yang bawak anak-anak tak akil baligh lagi. Kalau diaorang tengok senyap2 takpe, ini melalak dan bantai gelak yang dibuat-buat dengan kuat, dan masa tu tengah scene yang memang tak lawak. Memang spoil dan takleh nak concentrate. FUBAR!

Saturday, September 19, 2009

Songkok Tinggi

Baru berjumpa sahabat-sahabat seperjuangan. Update cerita semasa. Dan banyak kemusykilan tentang berita mutakhir dan gossip terungkai.

Ikut sahaja.
Kalau tak suka duduk diam-diam.

Itu nasihat dari orang lama.

Fikir banyak tak guna. Benda dah jadi.

Tahun depan mungkin tak dapat cuti. Nak raya puas-puas tahun ini tapi tak tau macam mana.
Makan kuih banyak2?
Salam cium tangan ibu dan ayah taknak lepas?
Tidur sepanjang hari?
Ada sesiapa boleh bagitau macam mana nak beraya puas-puas?

Selamat Hari Raya.
Berhati hati di jalan raya.
Selamat selalu.

Saturday, September 12, 2009

Baghal


Kebelakangan ini isu claim menclaim budaya, dari jiran kita jadi satu isu. Asalnya serumpun, nusantara. Tapi disebabkan tarian p*ndet yang memang saya langsung tak pernah dengar, meleret jadi yang lain. Dan yang paling ekstrem adalah uncivilized act by so called Bendera, untuk menyapu rakyat Malaysia di sana. (saya rasa Indonesia takde polis mahupun FRU)

Mereka cakap kita asyik meniru. Takde idea sendiri. Lagu Indonesia lagi popular kat Malaysia. Cerita Indonesia lagi laku dari cerita Malaysia sendiri.

Tapi diaorang pun 2x5.


Untuk tengok lebih lanjut claim diaorang, tengok sini.
(keris pun takleh pakai kot lepas ni.. LOL. jangan tetiba claim lading lak nanti)

Untuk comparison sila tengok sini. Awesome job by Mr Effi.

Untuk yang sarcastic, sila tengok sini. Seperti biasa dari Mr AJ.

Bermula episod baru g*nyang malaysia. Konon nak datang sini 8 Okt nanti. 1500 sukarelawan. Dari Pelab*han T*njung P*rak, S*rabaya. LOL! Nak serang pastu bagitau press. Cakap bodoh marah pulak nanti. But what kind of stupidity is this?

Friday, September 4, 2009

Baju Raya Saya Warna Ungu

"NAK BELI BAJU RAYA ANAK. GAJI RM800. SUSAH."

Satu tabung derma di masjid di B*kit D*mansara.

Fikir dari satu sudut. "Kesiannya orang ni."

Dari sudut yang lain. "Senang betul carik duit bulan-bulan puasa ni."

Sudut was was. "Entah ye entah tak. Aku pakai baju raya 3 tahun berturut2 rilek je. Baju kemeja 3 tahun pakai, tu la buat gi meeting, tu la buat dating, tu la buat beraya"

Itu satu kisah.

Kisah lain;

"Encik, boleh tambah credit limit saya tak. Nak raya dah ni, nak buat belanja."

Wow.
Melayu.
Memang hebat.
Berbelanja.

Merdeka!

Sunday, August 23, 2009

Kisah Epik Di Bulan Ramadhan

Beberapa minit sebelum berbuka, ahli kariah sebuah masjid dan beberapa orang musafir mengambil tempat di dulang-dulang yang disediakan untuk berbuka puasa. Masuk sahaja waktu Maghrib, pakcik muazzin melaungkan azan Maghrib. Semua yang datang membaca doa dan terus berbuka puasa.

Tiba-tiba dikejutkan dengan satu jerkahan.

"MASA DIA AZAN SAYA JAGA TEMPAT DIA!! SEKARANG SAYA NAK MAKAN KAT MANA?"

Semua menoleh ke arah suara tersebut. Rupa-rupanya datang dari pakcik muazzin. Emo sebab ada musafir lain yang datang duduk dekat tempat yang dia dah cop (kononnya). Marahkan muazzin kedua yang tidak menjaga tempat dia.

Pakcik muazzin mendengus dan bangun meninggalkan talam. Menuju ke mic. Terus sahaja dia qamat.

Terpinga-pinga.
Terkesima.
Tergelak pun ada.

Semua orang cepat-cepat habiskan makanan sebab dah qamat.

Kisah di bulan Ramadhan beberapa tahun yang lepas. Macam budak-budak. Selepas peristiwa itu saya dah tak pergi buka puasa dekat masjid dah disebabkan kisah epik ini.

Sebesar-besar bala, datang dugaan tak tahan sabar.

Aku lapar. Oh.